KUALA LUMPUR – Al-Madinah International University (Mediu) bercadang untuk membuka kampus cawangannya di Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak pada tahun depan bagi memberi peluang kepada lebih ramai masyarakat di kedua-dua negeri itu menyambung pengajian mereka di universiti tersebut. Ketua Eksekutifnya, Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen berkata, pembukaan rangkaian baharu tersebut akan dilaksanakan melalui kaedah kerjasama dengan rakan kongsi di negeri-negeri berkenan. Menurut beliau, perbincangan sedang dijalankan dan pihaknya berharap usaha sama tersebut dapat dimuktamadkan tidak lama lagi. “Mediu kini telah menjadi pilihan buat para pelajar yang ingin menyambung pengajian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya