PONTIAN 1 Dis. – Satu mayat remaja perempuan ditemukan oleh seorang nelayan dalam hutan bakau berhampiran perairan Taman Negara Tanjung Piai, dekat sini hari ini. Mayat Nurul Jannah Zainal, 17, yang beralamat di Kampung Wak Jalal, Sanglang, Ayer Baloi di sini ditemukan dalam keadaan uzur dan pada awalnya tidak dapat dikenali. Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mustafa Bakri Salleh berkata, pengecaman mayat kemudian berjaya dilakukan oleh bapa angkat mangsa berdasarkan…