Mayat lelaki lemas ditemukan - Utusan Malaysia

Mayat lelaki lemas ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING 25 Dis. – Seorang lelaki yang hilang semasa mandi di Air Terjun Pecah Batu dekat Trong semalam ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat hari ini.

MUHAMMAD TAUFIK MAHAMAD
MUHAMMAD TAUFIK MAHAMAD 

Mayat Muhammad Taufik Mahamad, 29, dijumpai pada pukul 1.55 petang dalam keadaan tersepit di celah batu di bahagian dasar air terjun pada kedalaman lebih tiga meter itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Rafeel Hairul Richard berkata, 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taiping termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) terlibat dalam operasi mencari mangsa yang bermula sejak semalam.

Katanya, anggota penyelamat segera melakukan pencarian di permukaan air di kawasan sekeliling sebelum selaman dilakukan oleh anggota PPDA.

“Anggota PPDA yang meneruskan kerja-kerja selaman itu kemudiannya telah menjumpai mangsa di dasar air terjun tersebut pada pukul 1.55 petang.

“Mayat mangsa ditemukan pada jarak tiga meter dari tebing air terjun dan mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa naik ke tebing dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat itu turut disertai empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Kita telah menamatkan operasi keseluruhan pada pukul 3.20 petang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN