KUALA LUMPUR 26 Dis. – Bintang remaja kontroversi, Muhammad Akhyar Rashid wajib melapor diri bersama skuad Lang Merah pada 1 Januari 2019 biarpun dikaitkan dengan perpindahan musim depan. Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dalam satu kenyataan hari ini menegaskan, Akhyar atau lebih dikenali sebagai Mat Yat masih milik mereka kerana kontrak penyerang kebangsaan itu hanya akan berakhir pada 30 November, 2019. Begitupun, dalam usaha menyelesaikan kemelut yang sudah berlarutan sejak…










