KUALA TERENGGANU – Banjir di Terengganu menunjukkan trend penurunan hari ini walaupun hujan kembali turun di beberapa kawasan di negeri ini sejak pukul 3 pagi tadi. Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, setakat pukul 8 pagi, hanya daerah Kemaman masih terjejas dengan banjir. “Seramai 149 mangsa dari 35 keluarga masih ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di sekitar Kemaman. “PPS tersebut ialah Balai Raya…