BAGAIKAN menjamu selera dalam sebuah istana. Itulah perasaan kru Panorama saat melangkah masuk ke dalam sebuah restoran yang terletak di Jalan Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Undangan untuk mengintai dekorasi restoran The Ame Soeur yang diterima minggu lalu disambut baik memandangkan premis tersebut mempunyai dekorasi yang cukup memukau. Hiasan dalamannya yang berkonsepkan sebuah istana mewah pada era Victoria sememangnya cukup cantik dan bergaya. Pintu gerbang restoran yang dilatari rona emas dan diserikan dengan pokok-pokok menjalar itu, sudah cukup membuatkan pengunjung teruja untuk melihat dekorasi dalamannya. Sebaik sahaja melangkah masuk ke premis…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya