PULAU PINANG 28 Dis. – Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah supaya Majlis Agama Islam sewajibnya berfungsi sebagai sebuah dewan pemikiran dan pentadbiran Islam di bawah naungan, pengawasan dan pemantauan langsung Yang di-Pertuan Agong. Baginda bertitah, Majlis Agama Islam juga perlu berperanan sebagai jambatan penghubung antara umat Islam dengan Raja Pemerintah, antara umat Islam dengan kerajaan pilihan rakyat, dan antara umat Islam dengan warga bukan Islam. Sehubungan itu,…










