KUALA LUMPUR 20 Dis. – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan keputusan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang mengarahkan dua syarikat penerbangan negara, Malaysian Airlines System Bhd. (MAS) dan AirAsia Bhd. (AirAsia) masing-masing membayar penalti RM10 juta kerana melanggar larangan perkongsian pasaran. Hakim Datuk Nordin Hassan memutuskan demikian selepas membenarkan semakan kehakiman dikemukakan MyCC untuk mencabar keputusan Tribunal Rayuan Persaingan (CAT) yang mengetepikan bayaran penalti dikenakan terhadap kedua-dua syarikat tersebut. Hakim Nordin turut mengarahkan MAS (kini dikenali sebagai MAB) dan AirAsia membayar kos sebanyak RM10,000 kepada MyCC selaku pihak pemohon.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya