KOTA BHARU 19 Dis. – Seorang ‘tauke’ getah dari Kuala Krai dekat sini kerugian RM6.7 juta selepas ditipu sindiket Macau Scam pada Oktober lalu. Ahli perniagaan berusia 70-an itu telah melakukan lebih 10 transaksi menindahkan wang RM80,000 hingga RM200,000 dalam tempoh sebulan selepas menerima satu panggilan telefon daripada anggota sindiket berkenaan. Ketua Polis negeri, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, dalam perbualan telefon tersebut, suspek mendakwa bahawa mangsa tidak menghadirkan diri pada satu kes di mahkamah. “Mangsa menafikan dakwaan itu, namun pemanggil terbabit terus mengugut dan kononnya menyambungkan panggilan kepada seorang anggota…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya