SONGKLA – Dua butir bom menggegarkan Pantai Samila di sini malam tadi yang popular kalangan pelancong dalam dan luar negara termasuk rakyat Malaysia. Letupan bom pertama berlaku pada pukul 10 malam tadi (11 malam waktu Malaysia) telah merosakkan patung ikan duyung yang menjadi simbol industri pelancongan di wilayah berkenaan. Gabenor Wilayah Songkla, Wiranan Penjang yang mengesahkan perkara itu berkata, letupan berkenaan menyebabkan bahagian bawah patung besi itu terputus dua. Letupan kedua pula berlaku 10 minit selepas kejadian pertama di patung tikus dan kucing di pantai yang sama yang terletak kira-kira…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya