SEREMBAN 20 Dis. – Polis menahan seorang lelaki warga Indonesia di Taman Semarak, di sini semalam selepas disyaki terlibat dalam lapan kes pecah rumah di daerah ini. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Nor Marzukee Besar berkata, lelaki berusia 30-an itu ditahan dalam Op Poket susulan beberapa laporan kes pecah masuk rumah di kawasan itu. “Operasi dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) daerah pada pukul 11 malam dan beberapa barangan telah dirampas daripada suspek. “Antaranya sembilan telefon bimbit, dua tablet, seutas jam tangan, dua dompet, enam beg galas, lapan keping surat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya