KUALA SELANGOR 1 Dis. – Seorang lelaki maut selepas dia terjatuh ketika sedang melakukan kerja menyelenggara sistem penghawa dingin di tingkat enam bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Kuala Selangor, di sini pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, Gan Han Boon, 40, maut ditempat kejadian dan mayatnya ditemukan orang awam dalam keadaaan tertirap di laluan lobi utama bangunan tersebut. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Md. Asri…