RASAH 12 Dis. – Seorang pemilik syarikat barangan lusuh didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban di sini hari ini atas kesalahan membuang sampah secara haram di Kawasan Perindustrian Nilai, dekat sini pada Januari lalu. Hakim Maimoonah Aid menjatuhkan hukuman itu selepas M. Govy mengaku bersalah setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah. Berdasarkan pertuduhan, pemilik syarikat TMG Metal Trading itu didakwa melonggokkan sisa pepejal terkawal iaitu sisa pepejal isu rumah tanpa…