LONDON – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke United Kingdom (UK) kembali ke Malaysia lebih awal daripada jadual asal program lawatannya. Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau terpaksa pulang awal ke Malaysia bagi menghadiri satu mesyuarat penting Majlis Presiden Pakatan Harapan di ibu negara pada Sabtu. “Saya mempunyai satu pertemuan dan mesyuarat dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu (mesyuarat) Majlis…










