PASIR PUTEH 8 Dis. – Sebanyak 500 orang termasuk dari Thailand menyertai Larian Pantai Musim Tengkujuh (PMT) anjuran Kelab Berbasikal Bersatu Pantai Timur, di Pantai Bisikan Bayu, Semerak, dekat sini, pagi ini. Larian berkenaan adalah anjuran bersama dengan Kementerian Belia dan Sukan; Kementerian Pelancongan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pengarah program itu, Khairul Affan Hassan berkata, penyertaan peserta dari seluruh negara amat memberangsangkan termasuk 30 pelari dariThailand. Menurutnya, larian tepian pantai itu melibatkan tiga kategori iaitu lima kilometer bagi peserta obes, tujuh kilometer terbuka dan peserta veteran. “Hadiah yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya