PELAJAR perlu mengunjungi rumah ibadat agama bukan Islam sebagai keperluan silibus pelajaran. Apakah hukum mengunjungi rumah ibadah tersebut? Rumah ibadat agama lain adalah seperti kuil, gereja, tokong dan gudwara. Rumah ibadat ini hendaklah dihormati. Oleh itu, tidak seharusnya rumah ibadat ini dihina, dikutuk, dikotorkan dan pelbagai perkara yang dianggap tidak menghormati rumah ibadat atau penganut agama lain. Mengunjungi rumah ibadat adalah harus jika wujud keperluan. Contohnya pertemuan dengan ketua rumah…










