KOTA BHARU 11 Dis. – Syarikat pengangkutan Kumpulan Perdana menyerahkan bonus berjumlah hampir RM600,000 kepada 296 kakitangannya tahun ini. LAILI ISMAIL Pengarah Urusan Kumpulan Perdana, Laili Ismail berkata, setiap kakitangan menerima bonus RM1,000 seorang dua kali setahun iaitu pada Hari Raya Aidilfitri dan bulan Disember. Laili berkata, ia melibatkan kakitangan di kesemua anak syarikat termasuklah Ekspres Perdana, Lienadia Liner dan Darul Iman Ekspres. “Kita telah mula memberi bonus sejak 2010…