KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia dan warga asing yang beragama Kristian di seluruh negara hari ini beramai-ramai ke gereja serta menerima kunjungan keluarga dan sahabat handai bersempena sambutan Krismas yang dirai dalam semangat keamanan dan perpaduan. Ada juga yang menggunakan peluang cuti umum ini untuk bersama-sama keluarga dan rakan-rakan ke kawasan-kawasan tarikan umum. Persekutuan Kristian Malaysia serta rakan kongsinya menganjurkan majlis minum petang di Luther Centre di Petaling Jaya dengan…










