KPWKM kaji pendekkan SOP siasat kes gangguan seksual - Utusan Malaysia

KPWKM kaji pendekkan SOP siasat kes gangguan seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang mengkaji untuk memendekkan prosedur operasi standard (SOP) 21 hari untuk menyiasat kes gangguan seksual, kata timbalan menteri berkenaan, Hannah Yeoh.

Beliau berkata, kementerian itu berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menyusun semula SOP supaya lebih sensitif dalam siasatan kes seperti itu.

“Di bawah SOP sedia ada, apa jua kes gangguan seksual akan dilaporkan kepada ketua terdekat. Bagaimanapun dalam kes di hospital Sungai Buloh, si pelaku adalah ketua. Pada masa depan, kes seperti ini mesti dikendalikan oleh sebuah badan neutral dan unit integriti untuk mengendalikan aduan.

“Kajian itu akan turut memendekkan tempoh tindakan yang akan diambil memandangkan mangsa perlu kembali bekerja dan siasatan yang mengambil masa yang panjang akan memberi kesan kepada mereka,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Forum mengenai Gangguan Seksual di Malaysia, yang dianjurkan bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bersempena Hari Antarabangsa bagi Penghapusan Keganasan Terhadap Wanita hari ini.

Katanya, selepas kajian itu selesai, kementerian berkenaan akan mengadakan kajian impak yang dijangka siap menjelang akhir Januari tahun depan sebelum membentangkan drafnya kepada Parlimen dan masyarakat sivil, katanya. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN