SEBULAN dua ini abang hensem berasa pelik sikit. Sarung seluar saiz 33 pun dah sendat sikit. Nasib baik baju saiz M masih boleh pakai. Kalau ke L, jawabnya siapa nak pakai baju-baju ofis yang bersidai dalam almari? Nak bagi anak-anak abang hensem yang dah besar panjang, tak mau mereka. Ya lah era hipster katakan dengan fesyen pelbagai istilah, asalkan slim fit. Cerita pasal saiz seluar tadi, ha…itulah azam abang hensem…










