Tahun Batu Karang Antarabangsa (IYOR) telah diisytiharkan pada 1997 sebagai tindakbalas kepada peningkatan ancaman ke atas ekosistem batu karang, hutan bakau dan rumput laut. Pengisytiharan IYOR adalah suatu usaha global bagi meningkatkan kesedaran awam tentang nilai dan ancaman terhadap ekosistem batu karang ke arah perlindungan dan pemuliharaannya. Sebanyak 225 pertubuhan dari 50 negara terlibat. Banyak artikel dan tinjauan saintifik telah dilaksanakan. Setelah lebih 20 tahun pengisytiharan IYOR, usaha memberikan kesedaran…










