Klip video Temberang sohor kini di YouTube - Utusan Malaysia

Klip video Temberang sohor kini di YouTube

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tidak sampai 48 jam dilancarkan, klip video lagu Temberang nyanyian Ayda Jebat berjaya menduduki tangga pertama carta sohor kini YouTube Malaysia.

Ayda ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi menyifatkan kejayaan tersebut sebagai sesuatu yang tidak dijangkakan.

“Alhamdulillah, saya berasa sangat senang apabila melihat video Temberang menduduki carta sohor kini di YouTube walaupun tidak sampai sehari dilancarkan.

“Mudah-mudahan, lagu ini boleh diterima dan mendapat tempat di hati semua orang,” katanya.

Ketika artikel ini ditulis, klip video arahan Aaron Lee itu telah meraih sebanyak 374 ribu tontonan, termasuk 18 ribu tanda suka.

Rata-rata memberikan maklum balas yang positif terhadap lagu ciptaan Ezra Kong, Hael Husaini dan Ayda Jebat itu memandangkan melodi dan liriknya yang mudah diingati.

Versi digital Temberang akan dilancarkan secara rasmi menerusi semua platform digital pada 28 Disember depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×