KUALA LUMPUR 20 Dis.- Ketika banyak pihak mendesak supaya Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggugurkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy, lain pula pandangan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin. Mungkin secara sinis, bekas Ketua Pemuda UMNO itu berharap Dr. Mahathir tidak memecat Waytha Moorthy termasuk Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik. “Harap @chedetofficial tidak memecat Waythamoorthy dan @maszlee. Mereka ini aset bagi pembangkang,” katanya menerusi akaun Twitter miliknya hari ini. Semalam, Perdana Menteri berkata, beliau belum memutuskan sama ada Waytha Moorthy perlu meletak jawatan sebagaimana gesaan banyak pihak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya