ISLAM menuntut umatnya berusaha dan mencari pendapatan halal bagi menampung perbelanjaan keluarga, bukannya dengan meminta-minta. Akal pemikiran yang cerdas harus digunakan sepenuhnya bagi menghasilkan sesuatu kelainan dan mampu memberi manfaat kepada orang ramai. Menggunakan kreativiti tersendiri, Nor Rosidah Osman menjadikan makanan kegemaran dari Barat iaitu piza sebagai menu jualan untuk menjalankan perniagaan. Apa yang menarik, piza keluaran syarikatnya dimasak menggunakan cara memasak tradisional masyarakat Melayu terdahulu iaitu menggunakan kayu api.…










