DUNGUN – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) mengambil inisiatif menganjurkan program gunting rambut percuma melibatkan hampir 2,000 murid di sekitar daerah ini, Kemaman dan Hulu Terengganu. Pengurus Besar Ketengah, Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa berkata, program tersebut merupakan tanggungjawab sosial korporat pihaknya sempena pembukaan semula sesi persekolahan pada minggu depan. Beliau berkata, perkhidmatan mengunting rambut percuma itu bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan persiapan persekolahan anak masing-masing. “Program ini disasar dapat memberi manfaat kepada hampir 2,000 murid dan pelajar dari 60 sekolah rendah dan menengah yang sebahagiannya merupakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya