KUALA LUMPUR 26 Dis. – Kerajaan digesa agar tidak tunduk kepada desakan golongan liberal yang semakin berani untuk mengubah Perlembagaan Persekutuan. Gesaan itu disuarakan oleh Presiden Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahya yang menegaskan, tindakan agresif itu mesti diatasi kerana berupaya merosakkan budaya murni dalam masyarakat. Oleh itu, beliau berkata, semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik Melayu perlu bersatu hati untuk mengukuhkan falsafah dan konsep negara Islam…










