KUALA LUMPUR – Kerajaan mengharapkan firma tempatan yang terlibat dalam sektor pembangunan pesat seperti pembangunan perisian untuk merangsang ekonomi negara, kata Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md Yusof. Malaysia mempunyai banyak syarikat pertumbuhan tinggi dalam sektor yang pesat membangun dan kerajaan berminat untuk memanfaatkan syarikat terbabit, katanya. “Peranan Kementerian Pembangunan Usahawan adalah untuk membangunkan perusahaan kecil dan sederhana dengan mengukuhkan keupayaan dan membantu perniagaan mereka menjadi firma pertumbuhan…