Kementerian Kesihatan tidak kompromi kesihatan bukan perokok - Utusan Malaysia

Kementerian Kesihatan tidak kompromi kesihatan bukan perokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Kementerian Kesihatan tidak berkompromi terhadap aspek kesihatan bukan perokok, namun pada masa tetap menghormati hak perokok, kata Timbalan Menterinya, Dr. Lee Boon Chye. 

Beliau berkata, larangan merokok di semua restoran dan premis makanan mulai 1 Januari depan tidak menghalang perokok untuk merokok, tetapi dengan syarat melakukannya jauh dari kawasan larangan.

“Kerajaan amat menghormati mereka yang tidak merokok dan kita hormati hak perokok. Kita tidak halang sepenuhnya kalau nak merokok tetapi biar di kawasan lapang, jauh dari kawasan awam, jangan sampai jejaskan kesihatan orang lain,” katanya.

Boon Chye yang juga ahli Parlimen Gopeng bercakap kepada pemberita selepas menghadiri program gotong royong di Kampung Rapat Jaya Tambahan di sini hari ini.

Semalam, sebuah akhbar tempatan melaporkan pihak Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS) meminta kerajaan menangguhkan larangan berkenaan kerana menyifatkan merokok merupakan kebiasaan masyarakat negara ini dan perokok tegar sukar membendung ketagihan itu. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN