HULU TERENGGANU – Hujan yang kembali turun sejak awal pagi menyebabkan daerah ini dan Dungun kembali dilanda banjir hari ini. Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, sebanyak empat pusat pemindahan sementara (PPS) yang ditutup kelmarin kembali dibuka di daerah Hulu Terengganu iaitu PPS Kampung Pengkalan Ajal dan Kampung Sekayu, Masjid Kampung Ceting serta Balai Raya Kampung Pelandan. “Setakat pukul 4 petang, kesemua PPS berkenaan kini…