KOTA BHARU 26 Dis. – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengikat bekas pemain Phnom Phen Crown FC (PPCFC) Yuta Suzuki dalam usaha memperkasakan pasukan menjelang saingan Liga Perdana 2019.
Presidennya, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, Kafa menawarkan kontrak selama satu musim kepada pemain berusia 28 tahun itu.
Menurutnya, majlis menandatangani kontrak dengan pemain berkenaan akan berlansung dalam masa terdekat.
“Kehadiran Suzuki akan memperkasakan lagi jentera tengah pasukan untuk mengharungi musim 2019 nanti.
“Kita harap Suzuki dapat menggunakan pengalamannya beraksi di Liga Kemboja untuk membimbing barisan muda Kelantan nanti,” katanya ketika kepada pemberita di sini hari ini.
Suzuki merupakan versetail yang boleh beraksi disemua posisi di bahagian tengah dan dijangka mampu membentuk gandingan mantap bersama Nik Akif Syahiran Nik Mat.
Difahamkan pemain ini dibawa masuk oleh Yakult (M) Sdn. Bhd yang merupakan salah satu rakan penaja Kelantan 2019. -UTUSAN ONLINE










