ALOR SETAR 25 Dis. – Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) memutuskan tidak lagi menggunakan khidmat Liridon Krasniqi bagi memberi peluang kepada muka baharu untuk membarisi pasukan Helang Merah pada musim depan. Setiausaha Kehormatnya Mohd Asmirul Anuar Aris berkata keputusan itu muktamad kerana selain menjimatkan kos, pasukan Kedah dapat mengetengahkan barisan pemain tempatan yang berkaliber dan setanding dengan pemain import. “Kita sememangnya tidak menyambung kontrak bersama Liridon dan ia adalah keputusan muktamad, kerana kita melihat daripada keadaan kewangan KFA yang kita tidak mahu pengurusan kos menjadi terlalu tinggi jika mendapatkan khidmat Liridon.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya