KOTA BHARU 10 Dis. – Sebarang keputusan yang dibuat melibatkan kawasan bersejarah seharusnya melalui kajian mendalam dan mendapat maklumbalas daripada semua pihak berkepentingan. A. AZIZ DERAMAN Presiden Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan (Peradaban), Datuk A. Aziz Deraman berkata, pihak seperti Muzium Negeri dan persatuan sejarah perlu lebih berperanan sebagai pemegang taruh dalam memastikan tinggalan sejarah dipelihara untuk tatapan generasi akan datang. Beliau berkata, pihak-pihak itu sepatutnya menjadi medium memberi penjelasan…










