JOHOR BAHRU 25 Dis. – Enam kru selamat manakala tiga masih hilang apabila sebuah kapal dagang, MV Amanda terbalik dan karam di perairan Kota Tinggi, petang tadi. Pengarah Maritim Negeri Johor Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, Sub-Pusat Menyelamat Maritim (MRSC Johor) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia mengaktifkan operasi carilamat (SAR) sejurus menerima maklumat laporan kejadian yang berlaku pada 2 petang di kedudukan 3.3 batu nautika timur Tanjung Sepang, Kota…










