LONDON – Sepucuk kad hari jadi kiriman seorang kanak-kanak lelaki kepada mendiang bapanya di ‘syurga’ mendapat perhatian syarikat perkhidmatan pos Britain, Royal Mail yang telah memberi maklum balas menyentuh perasaan. Kanak-kanak berkenaan, Jase Hyndman, 7, menulis kirimannya: “Encik Posmen, bolehkah awak hantar kad ini ke syurga sempena hari jadi bapa saya.” Beberapa hari kemudian, seorang pegawai Royal Mail, Sean Milligan membalas surat itu dengan ucapan: “Ini adalah cabaran yang sukar…










