Kaji semula SIP - Utusan Malaysia

Kaji semula SIP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
KEROSOTAN
ekonomi beberapa tahun kebelakangan ini menyebabkan ramai dalam kalangan rakyat negara ini diberhetikan pekerjaan tertutamanya di sektor swasta.

Hal demikian kerana banyak syarikat swasta yang menggaji mereka bekerja tidak lagi mampu beroperasi seperti biasa dan terpaksa menggulung tikar.

Dalam laporan media sebelum ini juga ada menyatakan banyak sektor pekerjaan yang terlibat sektor pembuatan, sektor perkhidmatan, insurans, perbankan, peruncitan dan pembinaan.

Hal ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti levi yang dikenakan keatas majikan untuk mengambil pekerja asing dan Skim Insurans Pekerjaan (SIP).

Bagi mengurangkan beban mereka yang kehilangan pekerjaan, kerajaan lalu telah mula menguatkuasakan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) pada 1 Januari 2018.

Sistem ini turut dibentangkan dalam Bajet 2019 dan bayaran faedah akan dibuat mulai 1 Januari 2019.

Bagaimanapun ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati atas pelaksanaan SIP tersebut kerana kurangnya kefahaman tentang objektif dan konsep sistem tersebut.

Hal ini terjadi atas sebab kesalahfahaman mereka yang menganggap caruman caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan SIP adalah sesuatu yang sama lalu tidak mengambil berat akan caruman ke atasnya.

SIP sebenarnya memberi banyak faedah kepada pekerja yang bekerja dalam sektor swasta yang kehilangan perkerjaan.

Antaranya, mendapat elaun mencari pekerjaan, elaun bekerja semula awal, elaun pendapatan berkurangan, elaun latihan, penempatan pekerjaan dan lain-lain.

Caruman SIP hanya serendah 0.2 peratus daripada penggajian pekerja dan 0.2 peratus syer majikan dan jumlah itu terhad kepada RM7.90 maksimum kepada keduanya.

Pun begitu begitu, setiap faedah yang diberikan melalui sistem itu berkemungkinan boleh disalahguna oleh pihak-pihak tertentu.

Matlamat murni SIP dalam penambahbaikan kemahiran kebolehpasaran penganggur haruslah diharmonikan dengan strategi perancangan tenaga manusia yang rapi dari sudut permintaan pasaran dan penawaran kursus di institusi melatih semula penganggur.

NURUL SHAZWANI REDUAN

Nilai, Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×