TOKYO 26 Dis. – Jepun bakal mengkomersialkan semula pemburuan ikan paus pada Julai tahun depan dan keuputusan itu bakal mencetuskan kritikan di seluruh dunia. BBC melaporkan, Jepun juga mengumumkan untuk menarik diri daripada Suruhanjaya Ikan Paus Antarabangsa (IWC) yang berperanan memelihara populasi haiwan tersebut. Pemburuan ikan paus secara komersial diharamkan oleh IWC pada 1986 selepas beberapa spesies haiwan berkenaan diancam kepupusan. Jepun yang mula menganggotai IWC sejak 1951 memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat sebagai menghormati budaya negara ini yang mengamalkan makan daging ikan paus. – AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya