PUTRAJAYA 15 Dis. – Jenazah bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin dibawa keluar dari kediaman beliau di Presint 10, di sini pada pukul 8 pagi menuju ke Surau At-Thaubah, Taman Melawati untuk solat jenazah. Jenazah dibawa keluar dari kediamannya dengan van jenazah diiringi polis trafik. Solat jenazah akan diadakan di Surau At-Thaubah di Taman Melawati dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Klang Gate. Sebelum itu, saudara-mara dan sahabat handai Allahyarham…