JASIN 11 Dis. – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri akan berusaha mengkomersialkan produk inovasi kon pencahayaan yang diberi nama Jebat Luminous Cone (JLC) hasil kreativiti anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu sebagai salah satu alternatif alat keselamatan sewaktu bertugas. Pengarahnya, Mohamad Zin Salleh berkata, JLC Mark 1 yang dicipta oleh pasukan Jebat dari BBP Jalan Kubu itu mampu diketengahkan untuk membantu anggota keselamatan atau pemandu kenderaan…