PUTRAJAYA 29 Dis. – Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) bersetuju agar satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk membuat saringan ketat terhadap mana-mana pemimpin UMNO yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, jawatankuasa itu yang diusulkan kepada Presiden dan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), akan dipengerusikan oleh Tan Sri Muhiddin Yassin atau Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Jawatankuasa itu tambahnya, juga wajib memiliki perwakilan daripada sayap parti khususnya Armada. “Jawatankuasa ini adalah forum terbaik untuk memastikan saringan dan pemilihan ketat dapat dibuat terhadap mereka yang terbabit.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya