Janda tak mengaku 
tawar perkhidmatan seks - Utusan Malaysia

Janda tak mengaku 
tawar perkhidmatan seks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 12 Dis. – Seorang janda yang berasal dari Pulau Pinang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan menawarkan khidmat pelacuran menggunakan aplikasi WeChat di sekitar bandar ini, minggu lalu.

Tertuduh berusia 36 tahun yang merupakan pemilik kedai kucing membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd. Izzuddin Mohd. Shukri.

Dia didakwa mencari langganan atau mendesak bagi maksud persundalan di sebuah apartmen di Lorong Mi­nyak Gas di sini pada pukul 7.35 malam, 4 Disember lalu.

Tertuduh yang pernah berkahwin namun tidak mempunyai anak itu memohon jaminan minimum kerana dia adalah anak sulung yang perlu menyara keluarga. Mahkamah membenarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Khamis lalu, Utusan Malaysia melaporkan, polis menahan seorang pelajar universiti swasta berusia 24 tahun yang bertindak sebagai bapa ayam bersama dengan tiga wanita tempatan berusia 27 hingga 40 tahun di dua apartmen di bandar ini.

Mereka dikatakan menawarkan perkhidmatan seks melalui aplikasi WeChat di rumah tumpangan di sekitar Kota Bharu dengan bayaran RM300 bagi sekali perkhidmatan selepas tawar-menawar dengan pelanggan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN