KUALA LUMPUR 14 Dis.- Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) menyarankan supaya Tabung Haji diwakafkan dan diurus tadbir melalui kaedah wakaf korporat dengan segera demi menjamin kelangsungan dan integriti institusi pengurusan haji itu. Setiausaha Agung DPIM, Muhamad Amin Fahmi Solahuddin menjelaskan, wakaf korporat lebih signifikan kepada Tabung Haji berbanding kaedah pentadbiran konvensional yang jelas lebih memudaratkan. Malah, tambahnya, Tabung Haji juga akan lebih diyakini sebagai entiti pengurusan dan pelaburan dana jemaah…