APABILA isu papan tanda jalan yang mengandungi tulisan Cina di kawasan Subang menjadi polemik dalam media sosial, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan tegas mengarahkannya diturunkan dan digantikan segera dengan bahasa Melayu dan tulisan Jawi. Meskipun pada asalnya sekadar ‘berlegar’ dalam alam maya, namun terbukti baginda sentiasa mengikuti perkembangan semasa dari segenap aspek khususnya membabitkan negeri ini. Baginda tidak mahu masyarakat Melayu menjadi resah gelisah. Isu bahasa dan tulisan…