JAKARTA 24 Dis. – Isteri vokalis kumpulan muzik Seventeen, Riefian Fajarsyah atau Ifan yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam bencana tsunami Selat Sunda disahkan meninggal dunia. Portal Detik Hot melaporkan, kematian Dylan Sahara itu disahkan oleh pengurus kumpulan muzik Seventeen, Yulia Dian. “Meninggal,” katanya ringkas menerusi aplikasi Whatsapp yang dihantar kepada salah seorang wartawan di sini hari ini. Ifan bagaimanapun terselamat selepas berpaut kepada sebuah kotak selepas mereka dirempuh ombak…










