BUKAN mudah menjadi seorang selebriti. Jika tersilap percaturan, mahu sahaja karier yang diperjuangkan selama ini, hancur lebur sekelip mata. Justeru, setiap anak seni harus tahu bagaimana untuk kekal relevan dalam industri hiburan lebih-lebih lagi industri penuh pancaroba ini. Masakan tidak, penyanyi dan pelakon baharu datang silih berganti saban hari. Ketika ditebak persoalan itu kepada penyanyi berbakat Ismail Izzani Zainal Nazeri, ternyata anak muda yang berusia 18 tahun berkenaan memiliki jawapan…










