MALAYSIA baharu rupanya kekal kosmetik dan buktinya tiada seorang pun pemimpin Melayu yang diangkat menjadi Ahli Jawatankuasa DAP Selangor yang selesai menjalankan pemilihan di Petaling Jaya kelmarin. Ingatkan selepas menguasai Putrajaya bersama rakan Pakatan Harapannya, DAP akan berubah wajah dan bukan lagi parti cauvanis dengan membuka lebih banyak ruang untuk kaum lain khususnya Melayu selaku penduduk majoriti. Sebaliknya, DAP Selangor terus didominasi satu kaum iaitu Cina, manakala wakil India cuma…