Orang kampung semakin mengeluh. Begitu juga dengan peneroka. Getah dan sawit yang selama ini menjadi punca rezeki nampaknya tidak banyak dapat membantu gara-gara harganya yang terus jatuh. Memang kasihan. Jika dahulu mereka mampu meraih pendapatan antara RM2,000 hingga RM3,000 sebulan kini hendak dapat RM500 pun seksa. Bak kata orang, untuk dapatkan RM500 itu terpaksa kerja keras dan kalau hendak dapatkan RM1,000 terpaksa dua kali ganda kerja keras. Ini realiti dan inilah yang berlaku sekarang. Mereka terpaksa buat dua atau tiga kerja sehari. Itu pun jika ada kerja kosong di pekan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya