KANGAR 1 Dis. — Yayasan Khayr Ummah Antarabangsa (IKAF) berhasrat melahirkan lebih ramai golongan penghafal al-Quran terutama dalam kalangan kanak-kanak melalui teknik memori fotografik yang lebih berkesan. Pengerusinya, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, program melahirkan para penghafal al-Quran itu akan dilaksanakan melalui IKAF Quranic Academy (iQRA) yang dirasmikan semalam. Bercakap kepada media selepas perasmian iQRA oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, beliau berkata, sebagai permulaan…