KOTA KINABALU 28 Dis. – Jabatan Imigresen berharap pihak mahkamah dapat menjatuhkan hukuman lebih berat termasuk hukuman sebat ke atas majikan yang menggaji Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, hukuman sebat sememangnya sudah termaktub dalam Akta Imigresen 1959/63 khususnya kepada pesalah iaitu majikan yang menggaji lebih enam orang PATI. Beliau berkata, berdasarkan rekod sepanjang dua tahun ini, daripada lebih 1,400 majikan dihadapkan ke mahkamah…










