HFMD: Jabatan Kesihatan Labuan ambil langkah berjaga-jaga - Utusan Malaysia

HFMD: Jabatan Kesihatan Labuan ambil langkah berjaga-jaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LABUAN 26 Dis. – Jabatan Kesihatan Labuan mengambil langkah berjaga-jaga terhadap penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dari luar yang disebarkan kepada kanak-kanak di pulau bebas cukai ini, memandangkan tempoh persekolahan akan bermula bulan depan.

Pengarahnya Dr Ismuni Bohari berkata sejak beberapa tahun lepas, sejumlah besar kes HFMD yang dilaporkan adalah kes yang diimport.

Dr Ismuni Bohari
Dr Ismuni Bohari 

“Kami sentiasa berjaga-jaga terhadap kes-kes HFMD yang diimport selepas cuti sekolah.

“Jabatan telah mengeluarkan peringatan kepada tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak supaya sentiasa berjaga-jaga terhadap kemungkinan berlakunya penyakit itu,” katanya kepada Bernama.


Dr Ismuni berkata ia berkemungkinan berlaku kerana sejumlah besar kanak-kanak pulang dari Sabah minggu depan kerana persekolahan akan dibuka semula tidak lama lagi.


Dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, sebanyak 246 kes telah direkodkan, dengan kurang daripada 10 tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak diperintahkan ditutup.


Jabatan Kesihatan Sabah mencatatkan 940 kes HFMD dan 30 wabak seluruh negeri sehingga 19 Mei tahun ini, katanya. – BERNAMA



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×