PONTIAN 23 Dis – Semua pihak perlu menghentikan perbalahan dalam media sosial mengenai kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim ketika bertugas dalam rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Selangor pada 27 November lalu. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Md. Farid Md. Rafik berkata, keluarga dan rakan Allahyarham perlukan ruang dan masa kesan daripada tragedi pahit itu. Katanya, rakyat Malaysia semuanya tersentuh dengan kejadian menimpa Muhamad…










